BM | EN | 中文

KPYPJ tawar kursus jangka pendek bantu anak Johor diberhentikan kerja akibat COVID-19

Kumpulan-Pendidikan-Yayasan-Pelajaran-Johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Kerajaan negeri dengan kerjasama Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) menawarkan lima kursus jangka pendek bagi membantu anak negeri ini yang diberhentikan kerja akibat wabak COVID-19 menjana pendapatan.

Kursus jangka pendek percuma yang ditanggung sepenuhnya kerajaan negeri itu akan diadakan antara tiga hingga lima hari dan akan dijalankan oleh Kolej Kemahiran Johor (KKJ) di dua cawangannya iaitu di Johor Bahru dan Batu Pahat.

“Sasaran keseluruhan pelajar untuk mengikuti kursus-kursus berkenaan adalah seramai 175 orang. Setiap kelas kita hadkan kepada 25 orang dan akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan termasuk penjarakan sosial,” kata KKJ dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Advertisement

Menurut kolej berkenaan, program jangka pendek itu bermatlamat bukan sahaja untuk menjadikan peserta sebagai seorang usahawan malah berkebolehan memasarkan produk secara dalam talian.

Program itu yang akan bermula Jun hingga Ogos serta September hingga Disember itu menawarkan kursus pemasaran dalam talian (tiga hari); pemasaran dalam talian dan makanan sejuk beku ala barat (lima hari); pemasaran dalam talian dan penyediaan kuih talam (lima hari); pemasaran dalam talian dan pembuatan pastri (empat hari) dan; pemasaran dalam talian dan masakan Johor (empat hari).

Syarat kemasukan terbuka kepada anak kelahiran Johor atau mereka yang telah menetap di negeri ini melebihi lima tahun dan berusia 20 hingga 55 tahun.

Advertisement

“Sasaran dan keutamaan kepada mereka yang diberhentikan kerja. Mereka yang menamatkan kursus ini akan memperolehi sijil yg dikeluarkan KKJ,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubungi talian 019-2247290/017-7021686/013-6180076.

KKJ yang dahulunya dikenali Kolej Komuniti YPJ ditubuhkan pada 1996 dengan setiap daerah di negeri ini mempunyai cawangannya.

Advertisement

Ia turut menawarkan kursus-kursus peringkat sijil dan diploma kemahiran Malaysia dalam bidang-bidang seperti penyediaan makanan, pembuat pakaian wanita, multimedia, pengurusan pejabat dan seni bina,

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top