BM | EN | 中文

KPT perlu tangguh kemasukan pelajar ke IPT – Adun Mengkibol

Chew-Chong-Sin.jpeg
Advertisement

KLUANG, 17 MEI: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan menterinya, Noraini Ahmad digesa menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus dan asrama bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 akibat pergerakan pelajar daripada kampung masing-masing di seluruh Semenanjung Malaysia.

Adun Mengkibol, Chew Chong Sin berkata, kemasukan pelajar ke kampus dan asrama dibimbangi menyebabkan penularan wabak tersebut.

“Kepulangan pelajar membawa risiko tinggi kerana mereka telah bergaul dengan ahli keluarga, jiran dan rakan, akan kongsikan bilik tidur dan mandi setelah balik ke asrama masing-masing,

Advertisement

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pelajar dari kawasan PKP perlu dikuarantin, memandangkan seluruh semenanjung Malaysia sudah dikenakan PKP dan asrama IPT tidak mampu lagi melaksanakan syarat kuarantin ini.

“Kapasiti kesihatan negara kita juga tidak mampu menampung, jika berlakunya kluster IPT akibat jangkitan pelajar,” kata Chong Sin dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, berdasarkan anggaran Kementerian Pengajian Tinggi, terdapat 100,000 pelajar yang pulang ke kampung sempena Hari Raya, dan akan kembali ke kampus dan hostel dalam tempoh 15 hingga 20 Mei.

Advertisement

Kes Covid-19 baru harian secara purata mencatat lebih 3,000 kes.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan telah mengesan beberapa kes di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan satu kampus UTM ditutup akibat Kluster Jalan Lingkaran Ilmu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top