BM | EN | 中文

KPT, kerajaan Johor jalin kerjasama PENJANA KPT-CAP@STATE kurangi pengangguran

noraini-ahmad.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjalin kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri Johor dalam menangani cabaran kebolehpasaran graduan dan mengurangkan pengangguran akibat pandemik COVID-19 di negeri ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kerjasama itu dirancang menerusi program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara KPT Career Advancement Programme (PENJANA KPT-CAP@STATE).

Terdapat dua program baharu yang dirancang KPT dengan kerjasama kerajaan negeri Johor di bawah PENJANA KPT-CAP@STATE iaitu JOBS@STATE dan GRADpreneur@STATE.

Advertisement

“Saya bersama pengurusan KPT telah mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Negeri Johor berhubung cadangan kerjasama strategik menerusi inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE itu.

“Ini merupakan sesi libat urus pertama antara Barisan Pengurusan Tertinggi KPT dengan pihak kerajaan negeri mengenai cadangan kerjasama strategik inisiatif PENJANA KPT-CAP@STATE,” katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Facebook rasmi beliau, semalam.

Noraini berkata program JOBS@STATE mencadangkan penglibatan 300 tawaran pekerjaan bagi setiap negeri di mana-mana syarikat bawah kerajaan negeri.

Advertisement

Program itu dijangka memberi faedah kepada 300 graduan dan gaji adalah mengikut tahap kelayakan pendidikan iaitu minimum RM1,700 untuk graduan diploma dan RM2,300 untuk graduan ijazah sarjana muda serta tempoh minimum kontrak selama 12 bulan.

Beliau berkata GRADpreneur@State pula merupakan program keusahawanan dengan penyaluran dana yang akan dibuat oleh kerajaan negeri dalam usaha untuk membantu graduan memulakan dan mengembangkan perniagaan.

Program berkenaan, katanya, akan memberi faedah kepada 200 graduan dengan melibatkan pembiayaan pinjaman sebanyak RM1 juta.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan Noraini sebagai berkata, KPT telah melaksanakan libat urus yang aktif dengan pihak industri bagi meningkatkan kebolehpasraan graduan terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah sehingga hari ini, KPT telah mendapat respons yang positif melalui program-program yang telah diluluskan sebelum ini,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top