BM | EN | 中文

KPRJ, YPKDT jalin kerjasama perkasa golongan wanita Johor

KPRJ-YPKDT-jalin-kerjasama-perkasa.jpg

Gambar Ehsan KPRJ

Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 MAC: Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) semalam memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) bagi menjalin kerjasama untuk memperkasakan golongan wanita di negeri ini.

KPRJ dalam satu kenyataan berkata, MoU tersebut adalah inisiatif kedua dua pihak dalam memastikan kumpulan sasar laitu golongan wanita dan institusi kekeluargaan mendapat manfaat sewajarnya menerusi program kemasyarakatan yang telah dikenal pasti sebagai projek rintis.

Antara program tersebut termasuklah Hub Suri Johor, platform untuk membangunkan usahawan wanita Johor dan Program Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services (JOPAC) yang dilaksanakan sejak tahun lalu dan disasar untuk dikembangkan lagi melalui pembangunan aplikasi dalam talian.

Advertisement

“Selain itu, usaha pemerkasaan juga akan dibuat melalui konvensyen Persona Wanita Professional Johor yang menjadi agenda untuk meningkatkan taraf wanita di persada antarabangsa,” kata kenyataan tersebut.

Majlis pemeteraian MoU itu diadakan di Iskandar Puteri hari dan disaksikan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Zaiton Ismail.

Menandatangani bagi pihak KPRJ ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Noorazam Osman sementara YPKDT diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nurul Nagiah Fadzil.

Advertisement

Sementara itu, Mohd Noorazam menyifatkan kerjasama tersebut sebagai simbolik penghargaan kepada wanita di Johor supaya dapat membina kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan komuniti bagi jangka masa panjang.

Manakala Nurul Naqiah pula berkata kerjasama itu adalah sebagai langkah menyahut seruan kerajaan Johor yang ingin melihat agensi negeri menjalin hubungan erat dengan pertubuhan bukan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan lain-lain melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top