BM | EN | 中文

‘KPM tak hasrat kembalikan PPSMI’, jawapan kepada ahli parlimen Pasir Gudang

bantah-PPSMI.jpg

Sasterawan, penulis dan ahli akademik membantah pelaksanaan PPSMI dalam himpunan pada 2009 (Gambar Ehsan Gerakan Mansuh PPSMI - GMP Bantah DLP)

Advertisement

PASIR GUDANG, 30 JUL: Kerajaan tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Demikian jawapan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim pada 27 Julai lalu.

Hassan turut memuatnaik jawapan berkenaan di laman Facebook beliau.

Advertisement

“Soalan Ahli Parlimen Pasir Gudang berkenaan dasar PPSMI telah dijawab oleh Menteri Pendidikan pada 27 Julai 2020 seperti dinyatakan di dalam Pemberitahuan yang dikembarkan di bawah ini,” kata Hassan.

Terdahulu Hassan dalam soalannya meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pendirian sebenar Kementerian tentang pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam soalan lain pada 22 Julai, Hassan turut meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh mana kerajaan telah memastikan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (National Language Act 1963/67) yang menetapkan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua urusan rasmi Kerajaan telah dipatuhi oleh Mahkamah-Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Advertisement

Pada Januari 2020, selepas peletakan jawatan menteri pendidikan Dr Maszlee Malik, pemangkunya Tun Dr Mahathir berkata PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara ini.

Kata Dr Mahathir, sains dan matematik adalah berbeza dengan mata pelajaran lain seperti sejarah dan Geografi, kerana ia bukan bidang ilmu yang diolah dari negara ini.

Menteri Pendidikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Dr Radzi Jidin kemudiannya berkata kerajaan tidak merancang untuk mengembalikan semula dasar PPSMI buat masa ini.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada 17 Julai dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli Pparlimen Selayang, William Leong Jee Ken.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan susulan menyifatkan PPSMI yang dilaksanakan pada era bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai satu kegagalan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola DBP Awang Sariyan, berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membuat keputusan tepat untuk tidak melaksanakan kembali PPSMI.

Advertisement

“Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak akan melaksanakan semula PPSMI seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Radzi Jidin di Parlimen merupakan keputusan yang tepat,” kata Awang Sariyan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top