BM | EN | 中文

KPM sedia laluan khas OKU, B40 lanjut pelajaran

IMG-20200215-WA0010.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 FEB: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan laluan khas bagi golongan berpendapatan rendah (B40) dan Orang Kelainan Upaya (OKU) untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, laluan khas tersebut turut meliputi pemohon daripada masyarakat Orang Asli dan para atlet ke Universiti Awam, politeknik dan kolej komuniti.

“Berdasarkan laporan ‘Ministry Performance Indicator 2019’, terdapat peningkatan sebanyak 18.1 peratus bagi bilangan tawaran laluan khas.

Advertisement

“Peningkatan ini dapat dilihat dengan penawaran bagi sesi 2019-2020 berbanding sesi 2018-2019.

“Bagi laluan khas B40, penawaran adalah sebanyak 22,760 berbanding 22,405, 449 bagi OKU pada sesi 2019-2020 berbanding 408 pada tahun sebelumnya.

“Selain tu 431 berbanding 410 bagi Orang Asli dan 78 penawaran kepada atlet pada sesi 2019-2020 memandangkan tiada laluan khas atlet pada tahun sebelumnya,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program Jom Masuk IPT (JMIPT) Zon Johor 2020 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, disini, hari ini.

Tambah Nie Ching, KPM sedang berusaha memperkasa institusi pendidikan tinggi antaranya termasuklah pelaksanaan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai turut berkata, akta tersebut akan digantikan dengan satu undang-undang yang lebih komprehensif.

Advertisement

“Pemansuhan AUKU ini adalah selaras dengan janji kerajaan dalam Manifesto Pakatan Harapan bagi mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pendidikan tinggi,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top