KPM perlu tangani peningkatan kluster pendidikan – PH Johor

syed-ibrahim-aminolhuda-hassan-liew-chin-tong.png

Dari kiri: Syed Ibrahim Syed Noh (Pengerusi PKR Johor) Aminolhuda Hassan (Pengerusi Parti Amanah Negara) dan Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 22 APR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa tidak membisu dan segera mengambil langkah proaktif bagi menangani peningkatan kes Covid-19 kluster pendidikan.

Pakatan Harapan (PH) Johor merujuk kenyataan Exco Pelajaran Johor semalam susulan perkembangan kluster Covid-19 sektor pendidikan di negeri ini.

“Menteri Pendidikan perlu segera mengambil tindakan untuk melegakan keresahan warga pendidikan di bawah.

Advertisement

“Rentetan dari situasi ini, ibu bapa juga telah melahirkan kerisauan mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah terutama di dalam suasana Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama, PH Johor juga menyeru agar seluruh rakyat khususnya para ibu bapa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan dalam menjaga keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka,” menurut PH Johor.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Aminolhuda Hassan. Pengerusi AMANAH, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Johor dan Senator Liew Chin Tong, pengerusi DAP Johor.

Advertisement

Sehingga semalam, sebanyak 27 sekolah dan sekolah agama telah ditutup ekoran penularan Covid-19 dalam kalangan guru dan pelajar.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top