BM | EN | 中文

KPM perlu pertimbang semula takwim persekolahan

Muhammad-Taqiuddin-Cheman.jpg

Ketua Pemuda Amanah Johor dan Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman

Advertisement

PONTIAN, 24 JUN: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu mempertimbangkan semula takwim persekolahan yang telah diumumkan.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, ia berdasarkan pandangan dan luahan warga pendidik berkaitan pindaan takwim persekolahan yang diumumkan KPM baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) para guru telah melaksanakan aktiviti pengajaran di atas talian melalui insiatif peribadi guru-guru.

Advertisement

“Ini termasuklah penggunaan peralatan peribadi yang digunakan bagi memastikan aktiviti pengajaran berlangsung dengan lancar.

“Bahkan ada juga dalam kalangan guru yang menyediakan latihan dan kerja rumah melalui medium whatsapp serta menyemak dan menyelia tugasan pelajar mereka tanpa mengira hari cuti am atau pun tidak.

“Adakah pihak kementerian merasakan bahawa kerja buat para guru ini tidak berkesan dan sia-sia sahaja sehingga perlu meminda takwim persekolahan? kata Taqiuddin dalam satu kenyataan.

Advertisement

Menurutnya lagi, Menteri Pendidikan sewajarnya mendapatkan maklum balas dan nasihat dari pelbagai pihak terlebih dahulu bagi mengetahui tahap persediaan para guru sekiranya pindaan takwim ini mahu dilaksanakan.

Beliau yang juga Adun Pulai Sebatang menambah, bukan sahaja hal pendidikan anak-anak yang penting tetapi sokongan emosi dan mental para guru juga tidak boleh diabaikan.

“Terdapat guru-guru yang berada di perantauan khususnya Sabah dan Sarawak sepanjang PKP dan tidak dapat pulang berhari raya ekoran larangan rentas negeri oleh kerajaan.

Advertisement

“Mereka juga akur dengan arahan untuk berada di stesen kerja masing-masing meskipun ketika itu sekatan rentas negeri telah ditarik balik.

“Namun setelah pengumuman kebenaran untuk menyambut Aidiladha, para guru ini telah membuat perancangan awal untuk pulang ke kampung halaman.

“Keputusan KPM meminda takwim ini bakal memberi kesan kerugian ribuan ringgit kerana tiket penerbangan pulang telah ditempah lebih awal terpaksa dibatalkan,” jelasnya lagi.

Advertisement

Untuk rekod, cuti bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada kali ini akan dipendekkan disebabkan takwim baharu dikeluarkan KPM menunjukkan Cuti Penggal 2 diawalkan kepada 20 Julai – 24 Julai 2020 tidak seperti sebelumnya 25 Julai – 2 Ogos 2020 (Hari Raya Aidiladha pada 1 Ogos 2020).

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top