BM | EN | 中文

KPM LANCAR TABUNG PENYELENGARAAN SEKOLAH KERAJAAN DAN IPTA

53e6d4e3d9f738f0d1f8e5c53bae29125bdc386d26253.png

JOHOR BAHRU, 8 SEPT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini melancarkan ‘Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)’ bertujuan membiayai kerja-kerja penyelenggaraan bangunan-bangunan tersebut yang turut meningkat saban tahun.

Ketua Setiausaha KPM, Datuk Dr Ghazali Abas berkata, walaupun kementerian tersebut menerima bajet tertinggi berbanding kementerian dalam Belanjawan 2019, namun dalam masa sama, KPM masih perlu menampung kos penyelenggaraan sebanyak 8,284 buah sekolah dan 169 IPTA di seluruh negara.

Ini, menurutnya lagi, merupakan tanggungjawab utama dalam memastikan keselesaan dalam sesi pembelajaran generasi muda negara.

“Tujuan tabung ini adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara dengan memastikan tempat belajar lebih selamat dan kondusif,” kata Ghazali.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian ‘Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)’, di Maktab Sultan Abu Bakar, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, tabung ini menerima sumbangan dari pelbagai sektor, termasuk syarikat swasta, badan berkanun, individu, persatuan, pertubuhan tempatan atau antarabangsa dan agensi-agensi yang tidak dibiayai oleh kerajaan Malaysia.

“Pemberi sumbangan tabung ini layak menerima pengecualian cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatam 1967.”

 

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top