BM | EN | 中文

KPM dimohon benarkan bawa anak pulang dari asrama setiap dua minggu – Adun Senggarang

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

BATU PAHAT, 1 OKT: Ada ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak di asrama sekolah harian memohon agar anak mereka dinerkan pulang ke rumah seperti sediakala seperti sebelum ini.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, beliau menerima aduan dari ibu bapa yang mahu bertemu anak mereka selepas terpisah dalam tempoh yang agak lama.

Justeru itu, pihaknya memohon agar Kementerian Pendidkan mempertimbangkan kebenaran kepada ibu bapa yang mahu membawa pulang anak mereka di asrama sekolah harian.

Advertisement

“Terdapat rungutan dan aduan kepada pihak kami berkenaan dengan murid-murid yang tinggal di asrama yang tidak dapat pulang bertemu dengan ibu bapa mereka.

“Saya mengharap agar pertimbangan itu dapat dilakukan untuk negeri Johor kerana negeri ini masih dalam kawasan zon hijau.

“Saya memohon kerjasama Jabatan Pendidikan negeri Johor mempertimbangkan perkara tersebut.

Advertisement

“Sebagai seorang ayah saya memahami perasaan itu dan ibu bapa hanya memohon agar anak mereka boleh dibawa pulang ke rumah seperti sebelum ini iaitu sekali dalam tempoh dua minggu.

“Saya juga mencadangkan agar pematuhan SOP yang ditetapkan kerajaan dipatuhi ibu bapa dan murid sewaktu proses membawa pulang tersebut,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) Johor turut memberi pandangan bahawa gejala negatif boleh berlaku sekiranya murid-murid di asrama itu tadi tidak dibawa pulang seperti sebelum ini.

Advertisement

Tambahnya, beliau khuatir kerana murid-murid tersebut akan terjebak dalam gejala yang kurang sihat.

“Pemantauan ibu bapa juga penting bagi memastikan anak-anak mereka tidak tersimpang dari melakukan aktiviti yang tidak baik seperti membuli, bergaduh dan sebagainya di asrama.

“Kita maklum sebelum ini tular isu berkenaan buli di sekolah berasrama dan itu juga membimbangkan ibu bapa yang telah lama terpisah dengan anak-anak mereka.

Advertisement

“Selain itu gejala sosial juga dibimbangi turut meningkat akibat tiadanya pemantauan yang khusus dari ornag dewasa seperti guru dan juga ibu bapa.

“Saya harap pihak KPM dapat mempertimbangkan rayuan ibu bapa tersebut,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top