BM | EN | 中文

KPLB SASAR 191 PKD SELURUH NEGARA DAPAT CAPAIAN INTERNET LEBIH LAJU DALAM SETAHUN

IMG-20191113-WA0016.jpg

 

PONTIAN, 13 NOV : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mensasarkan sebanyak 191 Pusat Komuniti Desa (PKD) seluruh negara akan mendapat capaian internet lebih laju dalam tempoh setahun.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sehingga kini sebanyak lapan PKD telah berjaya dinaiktaraf capaian internetnya.

“KPLB mendapat kerjasama rakan strategik iaitu dari Telekom Malaysia, Maxis dan Celcom yang telah menunjukkan sokongan untuk membantu tingkatkan capaian internet di kawasan luar bandar.

“Kita memfokuskan kepada 191 PKD di seluruh Malaysia kerana pusat ini merupakan satu pusat untuk bangunkan ekonomi masyarakat luar bandar dengan pelbagai aktiviti diadakan di sini termasuklah para usahawan.

“Kita mahu lebih ramai usahawan membuat pemasaran produk mereka secara atas talian dan sudah pasti capaian internet amat diperlukan,” katanya selepas melakukan lawatan tapak bersama rakan strategik telekomunikasi di PKD Perpat Timbul, Serkat, hari ini.

Tambahnya, pihaknya mahu memfokuskan untuk tingkatkan mutu kehidupan sosio ekonomi masyarakat luar bandar melalui usaha berkenaan.

Jelasnya, manfaat nanti bukan sahaja dapat dinikmati usahawan tetapi juga masyarakat sekeliling seperti belia, wanita, sekolah, masjid juga Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Pihak kita menerima rungutan tentang masalah internet ini kerana bila diminta usahawan kita digitalkan segala aktiviti mereka berdepan akan isu untuk muat naik gambar ekoran capaian internet yang lemah.

“Inilah antara usaha kementerian dengan rakan-rakan strategi kita di mana bila kita sampai tahun 2030 kita tidak mahu lagi dikaitkan dengan masalah rangkaian.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top