BM | EN | 中文

KPLB peruntuk lebih RM7 juta untuk lima agensi bantu golongan terkesan pandemik

Kementerian-Pembangunan-Luar-Bandar-KPLB.png
Advertisement

PUTRAJAYA, 5 JUN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan RM7.59 juta insentif kepada lima agensi di bawahnya untuk manfaat 3,526 usahawan, penyewa dan peminjam yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kata Menterinya Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Beliau berkata agensi terbabit adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Terengganu Tengah (Ketengah).

Memperincikan jumlah yang diperuntukkan kepada setiap agensi terbabit, Abdul Latif berkata Keda menerima peruntukan sebanyak RM4.97 juta, Kejora (RM647,554), Kesedar (RM861,000), Ketengah (RM551,443) dan Perda (RM561,100).

Advertisement

Menurutnya, Keda telah membantu 691 usahawan, Kejora membantu 423 penyewa dan peminjam, Kesedar membantu 594 usahawan dan pengusaha premis, Ketengah melibatkan 1,243 peniaga, peminjam dan penyewa, manakala Perda membantu 575 penyewa serta peminjam.

Antara insentif yang diperkenalkan mulai Mei hingga Julai ini adalah pengecualian bayaran premis perniagaan, penangguhan bayaran sewa rumah, pengecualian bayaran sewa tanah, penangguhan bayaran balik pinjaman serta penstrukturan semula dan memperluas program keusahawanan semua agensi,” katanya.

“Memahami kesulitan yang dialami kesemua usahawan di bawah agensi terbabit, KPLB akan sentiasa berusaha membantu bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh,” katanya dalam kenyataan semalam.

Advertisement

Abdul Latiff. berkata antara masalah yang dihadapi kumpulan sasar terutamanya usahawan serta peniaga kecil Lembaga Kemajuan Wilayah adalah kemerosotan prestasi perniagaan, kesukaran membayar sewa premis perniagaan dan kesukaran membayar balik pinjaman perniagaan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top