BM | EN | 中文

KPKT peruntuk RM2 juta untuk PBT Kota Tinggi bangunkan kawasan pelancongan, jana pendapatan

kota-tinggi-jamatan-menara-jam.png
Advertisement

PORT DICKSON, 10 JAN: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah Kota Tinggi menerima peruntukan sebanyak RM2 juta dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kerja penyelenggaraan dan membaik pulih kemudahan pelancongan.

Selain Kota Tinggi, KPKT turut menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta bagi kawasan Hulu Selangor, Selangor RM1.9 juta bagi Port Dickson, Negeri Sembilan bertujuan menjana pendapatan PBT di kawasan berkenaan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata peruntukan itu adalah menerusi peruntukan Bahagian Pembangunan 1 iaitu projek-projek kecil di kawasan PBT dengan tumpuan diberikan kepada lokasi pelancongan.

Advertisement

“Kita mahu tumpukan di kawasan pelancongan yang mendatangkan hasil kepada PBT, di Port Dickson kita peruntuk RM 1.9 juta memandangkan ia bandar pelancongan membabitkan 11 pantai dengan beberapa tema termasuklah ‘urban, leisure dan sports beach’.

“Pada peringkat permulaan, peruntukan itu adalah bagi kerja menaik taraf gerai, kawasan riadah dan medan selera,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu beliau menghadiri mesyuarat bersama bahagian Penggerak Komuniti Tempatan Negeri Sembilan di Port DIckson Jumaat lalu.

Advertisement

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan sektor swasta dalam usaha membangunkan kawasan peranginan tepi pantai berkenaan.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Port Dickson di Kuala Lukut yang terbengkalai sebelum ini akan diteruskan dan dijangka siap 30 Jun ini membabitkan 659 unit rumah.

“Sepatutnya projek itu siap pada Disember tahun lepas, tetapi oleh kerana isu COVID-19 dan sebagainya, kita di bawah akta COVID-19 ada pelepasan sebanyak 167 hari…insya-Allah siap 30 Jun, akan dapat penyerahan kunci nanti,” katanya.

Advertisement

Katanya, projek berkenaan secara purata telah siap 75 peratus selain turut mendapat permohonan sepenuhnya daripada orang ramai dan 80 peratus daripada permohonan itu telah mendapat kelulusan pembiayaan daripada bank.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak RM6.5 juta telah diperuntukkan bagi membaiki cerun runtuh yang berlaku di Taman Desa Rusa, Port Dickson, baru-baru ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top