BM | EN | 中文

KPJ PUTERI SUMBANG RM10,000 UNTUK RUMAH NUR EHSAN

program-simpulan-nur-kasih.jpg

JOHOR BAHRU, 18 SEPT : Hospital Pakar KPJ Puteri, di sini, menyantuni penghuni pusat jagaan Nur Ehsan dekat Kempas, di sini menerusi program amal Simpulan Kasih.

Pusat jagaan tersebut diberikan sumbangan bekalan susu tepung, cadar, lima buah kerusi roda, 10 buah katil pesakit dan bekalan makanan kering serta hiasan lukisan mural, dalam program itu.

Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, sumbangan keseluruhan itu bernilai kira-kira RM10,000 merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang kali kedua diadakan.

Pemeriksaan kesihatan mengukur kandungan kolesterol dan glukosa

“Selain itu, pemeriksaan kesihatan dan ujian kolesterol serta glukosa turut diberikan kepada para penghuni pusat jagaan itu yang terdiri dalam kalangan warga emas.

“Mereka turut dihiburkan dengan aktiviti senaman, karaoke serta sesi kebersihan kuku,” katanya.

Tambahnya, seramai 60 kakitangan hospital itu terlibat dalam program itu dan diharap ia akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

“Kita harap kehadiran kami dapat memberi keriangan dan kegembiraan kepada 80 penghuni pusat jagaan itu,” katanya lagi.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top