BM | EN | 中文

KPJ Puteri sumbang komputer kepada pusat vaksin Hospital Sultanah Aminah tangani Covid-19

KPJ-Puteri-beri-sumbangan-pada-Pusat-Vaksin-Hospital-Sultanah-Aminah-tangani-Covid-19.jpeg

Haliza (dua, kiri) bersama Timbalan Pengarah HSA (Pengurusan), Iszalhamiyah Mohamed (dua, kanan) menyampaikan monitor komputer sebagai simbolik penerimaan komputer bagi kegunaan Pusat Vaksin HSA (Gambar Ehsan Kumpulan Karangkraf)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 APR: Hospital Pakar KPJ Puteri (KPJ Puteri) menyumbang tiga buah komputer bagi kelancaran implementasi program tersebut untuk Pusat Vaksin Hospital Sultanah Aminah.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, ia bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Fasa Pertama untuk barisan hadapan dengan sektor swasta mendukung pelaksanaannya melalui kerjasama Awam-Swasta.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meningkatkan lagi persiapan, terutama infrastruktur Pusat, untuk melancarkan proses Program Imunisasi Covid-19 Nasional, fasa pertama yang diharapkan selesai pada April ini sejak dilancarkan pada akhir Februari.

Advertisement

“KPJ Puteri akan terus memainkan peranannya sebagai pengendali swasta untuk menyokong dan menyediakan kesediaan dalam bentuk apa pun yang diperlukan oleh kerajaan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Terdahulu beliau turut hadir menyerahkan komputer untuk pusat Vaksin Hospital Sultanah Aminah, di sini, hari ini.

Haliza berkata KPJ Puteri menyokong penuh usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) untuk memberikan vaksinasi kepada barisan penjagaan kesihatan.

Advertisement

PJ Puteri juga memastikan bahawa semua pakar perubatannya telah divaksin, diikuti anggota barisan hadapan hospital akan menerima vaksin secara berperingkat mulai pertengahan April.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top