BM | EN | 中文

KPJ Puteri bantu tangani Covid-19

IMG-20200416-WA0008.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 APRIL: Berbekalkan semangat perjuangan sesama petugas barisan hadapan (frontliner), Hospital Pakar KPJ Puteri tampil membantu Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Ketua Eksekutif KPJ Puteri, Haliza Khalid berkata, pihaknya mengambil inisiatif menyumbang peralatan kesihatan sebagai tanda keprihatinan mereka.

“Sumbangan yang dilakukan ini akam berterusan dan mengikut keperluan Hospital Kluang bagi mendepani pesakit Covid-19 seperti ventilator, Masimo Vital Sign Monitor dan Oxygen Regulator Pin Index.

Advertisement

“Kali ini merupakan peringkat ketiga dimana KPJ Puteri bersama Tabung Dana Amal Doktor-Doktor KPJ Puteri menyumbangkan Oxygen Regulator bersama Flowmeter dan bubble humidifier serta nasal cannula, Vital Sign Monitor dan set 10 set Digital mesin memeriksa tekanan darah,” katanya.

Dia berkata demikian selepas membuat penyerahan peralatan berkenaan kepada Pengarah HEBHK, Dr Azura Abu Bakar.

Tambah Haliza, pihaknya berharap peralatan yang diberi akan dapat memenuhi keperluan selain membantu petugas barisan hadapan ini
melaksanakan tanggungjawab mereka.

Advertisement

“Ini juga sebagai pemangkin semangat buat petugas ini, bahawa kami bersama mereka dan bersama-sama berusaha untuk memutuskan rantaian Covid-19,” ujarnya sambil menegaskan pihaknya sentiasa bersedia membantu mendepani Covid-19.

KPJ Puteri sebelum ini turut menghulurkan sumbagan makanan kering dan bekalan ‘hand sanitiser’ ke beberapa hospital kerajaan lain.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top