BM | EN | 中文

KPJ Pasir Gudang salur sumbangan PPE kepada petugas hadapan di PKRC

KPJ-Pasir-Gudang-salur-sumbangan-PPE-kepada-petugas-hadapan-di-PKRC.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 27 OGOS: Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang melalui Tabung Kebajikan Doktor Pakar menyalurkan sumbangan Kotak Kasih berupa peralatan perlindungan diri (PPE) kepada kakitangan barisan hadapan.

KPJ Pasir Gudang dalam satu kenyataan memakluman, turut disumbangkan barangan penjagaan kesihatan diri, minuman kotak serta makanan kering kepada pesakit-pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pasir Gudang di Stadium Tertutup Pasir Gudang.

Sumbangan PPE itu meliputi kelengkapan sut PPE, sarung penutup kasut but, sarung penutup kepala, pelitup muka N95, apron, tudung penutup kepala, sarung tangan getah, pelindung muka dan cecair sanitasi yang akan digunakan oleh petugas barisan hadapan di PKRC Pasir Gudang.

Advertisement

Sumbangan Kotak Kasih merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada semua doktor pakar disini yang prihatin terhadap keadaan yang sedang berlaku di PKRC berikutan pertambahan kes Covid-19 yang kian meningkat di Johor.

“Pihak hospital sedia membantu dalam apa jua cara sekalipun demi memastikan Malaysia bebas daripada wabak Covid-19 ini dan kami berharap bahawa sumbangan kecil kami dapat membantu pesakit dan barisan hadapan dalam masa-masa sukar ini,” kata Pengerusi Tabung Kebajikan Doktor Pakar KPJ Pasir Gudang, Dr Nor Aizal Che Hamzah.

Ujarnya KPJ Pasir Gudang dan juga Tabung Prihatin Doktor Pakar sentiasa komited dalam menyokong usaha barisan hadapan untuk melawan COVID-19.

Advertisement

“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para barisan hadapan yang bertugas disini kerana mereka terus berbakti dan merawat tanpa menghiraukan penat dan lelah”.

Menurut beliau lagi, sumbangan Kotak kali Kasih ini merupakan program CSR kali ke-8 sejak penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020.

Antara bantuan yang pernah dihulurkan adalah sumbangan kepada golongan gelandangan, rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua, bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan rumah ibadat pelbagai kaum.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top