BM | EN | 中文

KPJ Pasir Gudang lancar Pakej Imunisasi Bayi 2020

DSC_6900-scaled.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 11 JAN: Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang melancarkan Pakej Imunisasi Bayi 2020 sebagai usaha memupuk kesedaran masyarakat setempat berkenaan pentingnya pengambilan suntikan vaksin bayi.

Pengarah Eksekutif KPJ Pasir Gudang, Khairun Ahmad berkata, suntikan vaksin dapat mencegah jangkitan penyakit khususnya buat bayi baharu lahir.

“Antara penyakit itu termasuklah difteria, demam campak, beguk, rubela, influenza B dan penyakit polio yang muncul kembali selepas 27 tahun Malaysia bebas penyakit berkenaan.

Advertisement

“Anak-anak merupakan waris kita dan kita bertanggungjawab untuk mengutamakan kesihatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pakej Imunisasi Bayi 2020 dan Fun Ride 2020 yang diadakan di pekarangan hospital itu, di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Advertisement

Sementara itu, program Fun Ride 2020 yang pertama kali dianjurkan hospital berkenaan berjaya menarik seramai 470 penyertaan daripada masyarakat setempat, termasuk dari negara jiran, Singapura.

Dalam program berkenaan, KPJ Pasir Gudang turut menyampaikan sumbangan berbentuk kerusi roda dan peti kecemasan kepada bilik rawatan Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top