BM | EN | 中文

KPJ JOHOR 3C-CARDIAC CALL CENTRE, PERCEPAT PROSES RAWATAN SERANGAN JANTUNG

yee-how.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 SEPT : Bilangan pesakit yang mendapatkan rawatan disebabkan serangan jantung di Hospital Pakar KPJ Johor, di sini meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azhar Abdullah.

Menurutnya, ini berikutan, statistik merekodkan peningkatan sebanyak 32 peratus pada tahun lalu berbanding dua tahun sebelum ini.

“Manakala, statistik dari Kementerian Kesihatan Malaysia pula mencatatkan 13,503 kematian dicatatkan pada tahun 2017 disebabkan penyakit jantung.

Advertisement

“Jangkamasa seseorang mendapatkan rawatan semasa mendapat serangan jantung juga adalah sangat kritikal,” katanya.

Berikutan itu, ujarnya, pihaknya mengambil inisiatif untuk melancarkan KPJ Johor 3C-Cardiac Call Centre, di sini, semalam.

3C adalah singkatan kepada Cardiac Call Centre atau Pusat Panggilan Kecemasan Khas untuk pesakit yang mendapat serangan jantung.

Advertisement

Mengulas tentang 3C, beliau berkata, ia bagi mempercepatkan proses rawatan penyakit itu.

“Pihak Ambulan dan anggota pekerja yang terlibat sentiasa bersedia ke tempat mangsa dengan menbawa peralatan seperti mesin ECG atau Elektrokardiogram berserta ubat-ubatan.

“Tujuannya sebagai memberikan rawatan pertama sebelum dibawa ke KPJ Johor,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Adun Perling, Cheo Yee How yang menyempurnakan majlis pelancaran itu mengucapkan tahniah dan syabas kepada KPJ Johor atas usaha memperkenalkan perkhidmatan berkenaan.

“Saya berharap anggota masyarakat menjadi lebih peka untuk menjaga tahap kesihatan jantung masing-masing dan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top