BM | EN | 中文

KPJ Healthcare catat peningkatan pendapatan suku kedua 2021 sebanyak RM632.83 juta

kpjhealth.com_.my_.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 25 OGOS: KPJ Healthcare Bhd mencatatkan peningkatan pendapatan pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021 iaitu sebanyak RM632.83 juta berbanding RM475.85 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelum ini.

Peningkatan tersebut disebabkan oleh prestasi operasi yang Iebih balk selepas disokong oleh pelonggaran dalam fasa ketiga perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam tempoh tersebut, kata syarikat itu dalam satu kenyataan semalam.

Kumpulan penjagaan kesihatan itu mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM6.96 juta pada suku kedua daripada RM12.66 juta yang direkodkan semasa suku yang sama tahun lepas.

Advertisement

Untuk tempoh enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2021, kumpulan merekodkan pendapatan sebanyak RM1.24 bilion, naik sembilan peratus dari tahun ke tahun disebabkan oleh peningkatan dalam aktiviti hospital dan angka pesakit.

Keuntungan bersih separuh tahun mencecah RM19.934 juta daripada RM51.19 juta sebelum ini.

“Syarikat mencatatkan sejumlah 758,629 pesakit pada suku kedua 2021, menokok 36 peratus berbanding 556,042 pesakit yang didaftarkan semasa suku yang sama tahun sebelumnya dan 1.5 juta pesakit untuk separuh pertama tahun 2021 daripada 1.4 juta pesakit,” katanya lagi.

Advertisement

KPJ Healthcare ketika mengulas mengenai unjuran memberitahu ia akan terus beroperasi dalam persekitaran yang mencabar untuk baki tahun 2021.

“Memandangkan ekosistem penjagaan kesihatan mengalami cabaran yang menuntutnya untuk berubah, beradaptasi dan berinovasi dengan cepat, fokus kami akan tertumpu kepada penggunaan kesihatan maya serta inovasi digital lain, selain daripada kolaborasi awam-swasta yang baharu,’ tambahnya.

Sementara itu, kumpulan itu kini mengendalikan 25 pusat vaksinasi (PPV) yang berdaftar dengan ProtectHealth Corporation termasuk PPV mega di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, serta satu PPV untuk industri yang menyediakan vaksinasi kepada industri yang terletak di Kuching, Sarawak.

Advertisement

“Dengan proses vaksinasi hampir 15,000 setiap hari, ini menjadikan KPJ Healthcare sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbesar yang menyokong Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), sehingga kini telah memberikan sejumlah 544,711 dos vaksin,” katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top