BM | EN | 中文

KPJ HEALTHCARE CATAT KEUNTUNGAN BERSIH SUKU KEDUA RM41.8 JUTA

kpjhealth.com_.my_.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 31 OGOS: KPJ Healthcare Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM41.83 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019, daripada RM42.34 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas disebabkan oleh kerugian lebih tinggi daripada penamatan operasi penjagaan warga tua di Australia.

Bagaimanapun, keuntungan sebelum zakat dan cukai daripada operasi sedia ada meningkat 8.5 peratus tahun ke tahun kepada RM66.66 juta.

Perolehan juga meningkat kepada RM847.31 juta daripada RM801.33 juta sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Advertisement

Pelupusan operasi pusat penjagaan warga tua dan perkampungan persaraan yang merugikan di Queensland, Australia – aset yang dipegang untuk jualan – dijangka siap tahun ini. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (Ebitda) daripada segmen Australia meningkat daripada RM0.6 juta pada suku kedua tahun lepas kepada kerugian Ebitda sebanyak RM1.6 juta dalam suku di bawah kajian.

Dalam kenyataan media semalam, Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata peningkatan pendapatan itu dipacu oleh prestasi hospital yang lebih baik diterajui KPJ Rawang, KPJ Pasir Gudang dan KPJ Johor, menyaksikan peningkatan pesat dalam jumlah pesakit dan pembedahan dilakukan dalam tempoh tersebut.

“Hospital kami di Indonesia juga telah mencatatkan pemulihan kukuh, disumbangkan oleh aktiviti pemasaran agresif dan penawaran perkhidmatan baharu hasil daripada lebih banyak perunding menyertai hospital kami,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata kumpulan itu optimis bahawa keadaan pasaran akan terus bertambah baik pada sepanjang tahun ini, ia membuka jalan bagi pembukaan hospital baharu yang dirancang di Batu Pahat dan Kluang, Johor serta Miri dan Kuching di Sarawak dalam tempoh enam bulan akan datang .

“Pembukaan hospital baru-baru ini di Bandar Dato ‘Onn, Johor, pada Februari 2019 dan di Kangar, Perlis pada Mei 2018 sedang berjalan dengan lancar,” katanya.

KPJ mengisytiharkan pembayaran dividen interim ketiga sebanyak 0.5 sen sesaham, dibayar pada 10 Okt. Syarikat itu secara konsisten telah membayar dividen suku tahunan sebanyak 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan bersih kepada pemegang sahamnya.

Advertisement

Bagi separuh pertama 2019, jumlah pesakit dimasukkan dalam wad kumpulan itu meningkat empat peratus tahun ke tahun kepada 158,562 pesakit manakala jumlah pesakit luar meningkat empat peratus tahun ke tahun kepada 1,412,843 pesakit.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top