BM | EN | 中文

KPJ Dato Onn beri suntikan influenza percuma kepada pengamal media

KPJ-Dato-Onn-beri-suntikan-influenza-percuma-kepada-pengamal-media.jpg

Gambar Ehsan KPJ Dato Onn

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Hospital Pakar KPJ Bandar Dato Onn memberikan suntikan vaksin influenza dan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada 14 pengamal media yang bertugas di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif hospital berkenaan Noor Haslina Harun berkata program diadakan samalam itu bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan pengamal media di Johor yang berkhidmat sebagai petugas barisan hadapan ketika memerangi pandemik COVID-19.

“Jasa dan pengorbanan semua pengamal media sebagai petugas barisan hadapan dalam memerangi COVID-19 tidak kurang hebatnya seperti petugas hospital, polis, tentera dan lain-lain agensi kerajaan kerana dengan komitmen mereka, masyarakat sentiasa disajikan dengan perkembangan terkini mengenai bahaya pandemik ini.

“Justeru, ini adalah langkah yang kami rasa bersesuaian untuk menghargai mereka. Program juga diadakan untuk menghargai pengamal media yang sentiasa menyokong program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kami,” katanya, lapor Bernama.

Program melibatkan pengamal media daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Radio Televisyen Malaysia, Berita Harian, Utusan Malaysia, Harian Metro, Malaysia Nanban, The Iskandarian dan BEST FM yang turut dibawa melawat wad hospital yang beroperasi pada 19 Feb tahun lepas itu.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top