BM | EN | 中文

KPJ Bandar Dato’ Onn sediakan pemeriksaan kesihatan percuma

IMG-20200721-WA0001.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 JULAI: Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn akan mengadakan saringan pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang awam pada 24 dan 25 Julai ini.

Tawaran itu termasuklah ujian saringan ‘pap smear’ percuma buat golongan wanita manakala ujian ‘lipid profile’ buat golongan lelaki.

Hospital itu dalam satu kenyataan memberitahu, tawaran berkenaan bagaimanapun terhad kepada 63 pengunjung terawal.

Advertisement

“Orang ramai dijemput menghadiri ujian saringan kesihatan yang disediakan secara percuma ini buat penduduk sekitar bandar raya Johor Bahru.

“Mereka yang berminat untuk hadir dinasihati agar memakai pelitup muka,” tambah kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top