BM | EN | 中文

KPJ Bandar Dato’ Onn sasar vaksin 100 warga emas sehari menjelang 21 Jun

KPJ-Bandar-Dato-Onn-sasar-vaksin-warga-emas.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 JUN: Hospital Pakar KPJ Bandar Dato’ Onn menyasarkan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada 100 warga emas sehari mulai 21 Jun ini, berbanding 50 penerima suntikan sehari ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif KPJBDOSH, Noor Haslina Harun berkata, hospital itu telah mula memberikan suntikan vaksin kepada warga emas sejak 31 Mei lalu.

Katanya, program itu selaras dengan pemilihan hospital berkenaan sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bawah Program Imunisasi
Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Advertisement

“Pemilihan itu dibuat setelah mendapat kelulusan daripada ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth), iaitu anak syarikat milik penuh bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami berbangga hospital ini terpilih sebagai antara PPV di negeri ini sekaligus membantu kerajaan mencapai sasaran 80 peratus suntikan vaksin Covid-19 untuk rakyat Malaysia bagi mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, pada ketika ini pihaknya memberi suntikan vaksin kepada 50 warga emas sehari berdasarkan senarai nama yang diterima daripada KKM.

Advertisement

“Proses suntikan ini dilaksanakan pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Namun bermula 21 Jun ini, kita jangka dapat meningkatkan suntikan vaksin kepada seramai 100 orang sehari untuk penerima dos pertama serta kedua dan berharap sasaran kerajaan untuk memastikan seramai 150,000 orang sehari mampu divaksin tercapai,” ujarnya.

Noor Haslina turut memaklumkan, setakat hari ini, seramai 450 warga emas telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di hospital pakar berkenaan.

Advertisement

“Untuk mendapatkan vaksin yang disediakan, orang ramai perlu membuat pendaftaran di aplikasi MySejahtera sebelum pemberiannya diselaraskan KKM,” jelasnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top