BM | EN | 中文

KPF bukan lagi pemegang utama saham FGV mengejutkan peneroka, generasi kedua

Felda-Global-Ventures_FGV.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 13 JUN: Terdapat laporan menyatakan Koperasi Permodalan Felda (KPF) bukan lagi antara pemegang utama saham FGV Holding Berhad (FGV).

Maklumat tersebut sangat mengejutkan terutamanya kepada peneroka dan generasi kedua Felda.

Ridhuan Esa

Seorang generasi kedua di Felda Sungai Sibol, Ridhuan Esa berkata, KPF pada mulanya memegang kira-kira 5.8 peratus dengan jumlah lebih 211 juta unit saham dan Felda memegang 33 peratus pegangan saham dalam FGV.

Advertisement

“Namun pegangan tersebut mula berkurangan pada 2017 melalui penjualan lebih 10 juta unit saham dengan pengurangan pegangan kepada 5.3 peratus.

“Laporan akhbar menyatakan KPF hanya memegang 4.75 peratus setelah menjual 17.6 juta saham pada awal bulan Jun 2020 dan kini bukan lagi sebagai pemegang utama dalam FGV.

“Kiraan bagi penjualan saham pada RM 1.15 ini berbanding RM 4.55 harga belian, KPF telah mengalami kerugian RM 60 juta.

Advertisement

“Pada 2017, KPF boleh dikatakan mencatatkan kerugian menjual 5 juta saham FGV pada nilai RM 12.5 juta,” katanya ketika dihubungi.

The Star pada 10 Jun melaporkan KPF telah mengurangkan pegangannya dalam FGV di bawah lima peratus buat pertama kalinya sejak syarikat perladangan tersebut dibuka kepada senaraian awam pada 2012.

Ini berikutan pelupusan 12 juta saham pada 3 Jun yang telah mengurangkan kepentingan KPF kepada 4.75 peratus, kata FGV dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Advertisement

Pemfailan terkini dengan Bursa Malaysia menunjukkan bahawa KPF telah melupuskan 3 juta saham FGV pada 2 Jun dan 2.6 juta saham pada 1 Jun.

Ridhuan yang merupakan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Tenggara berkata, mengikut kenyataan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 2017, Felda mencatatkan RM 2 billion kerugian tidak nyata kerana kejatuhan harga saham FGV.

Tindakan ini dilihat tidak selari dengan hasrat warga Felda melalui wakil peneroka dan Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP) yang mahukan pegangan Felda dan KPF ditingkatkan kepada satu nilai sebagai pemegang terbesar FGV.

Advertisement

“Prestasi FGV sejak 2013 melalui laporan kertas putih Felda tidak memberangsangkan terus mencatatkan kerugian RM 163 juta bagi suku pertama 2020 dan RM 1.03 billion pada 2018.

“Prestasi FGV telah memberi tekanan kepada pemegang utama saham dan keadaan memaksa untuk menjual bagi membolehkan cairan tunai hasil dari penjualan boleh dilabur ke dalam pelaburan yang lebih baik.

“Jalan keluar bagi masalah ini kini terletak pada bahu kerajaan dan pengerusi baru Felda. Ladang dan kilang perlu diserahkan semula kepada Felda.

Advertisement

“Felda Holding Berhad (FHB) telah menunjukkan prestasi yang baik sebelum ia disenaraikan ke bursa saham. Felda dan peneroka perlukan pendapatan lebih baik dari ladang dan kilang yang dipegang oleh FGV,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top