BM | EN | 中文

KPDRM hasrat jadikan aset PDRM tarikan pelancongan

KPDRM.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 MAC: Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) melalui sayap perniagaannya. KOP Mantap Berhad, berhasrat menjadikan kepelbagaian aset yang dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai tarikan pelancongan.

Pengerusinya Datuk Seri Ayub Yaakob berkata bagi menjayakan usaha itu, KPDRM yang kini mempunyai 104,000 ahli akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk agensi pelancongan dan pengusaha hotel untuk mempromosikan aset-aset tersebut di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Sebenarnya KOP Mantap Berhad (KOP Mantap) ini mempunyai tujuh anak syarikat yang menjalankan perniagaan berbeza taitu pendidikan keselamatan dagangan logistik, penerbangan, pelancongan dan pembinaan.

Advertisement

“Jadi dengan asas pelancongan yang ada, kita boleh jadikan aset aset PDRM seperti Pusat Latihan Polis, Muzium Polis, perkakasan polis sebagai satu tarikan pelancong,” katanya pada sidang media selepas Program Lawatan Kerja KPDRM dan Kumpulan KOP Mantap ke Kontinjen Zon Selatan, di sini semalam.

Hadir sama Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Mazlan Lazim dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin.

Menurut Ayub, koperasi itu yang turut memperoleh lesen untuk menjalankan perniagaan persenjataan, juga menimbang membangunkan lapang sasar menembak untuk pelancong merasai sendiri pengalaman ‘shooting club’ secara profesional.

Advertisement

Selain itu, Ayub berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan agensi berkaitan bagi membolehkan KOP Mantap menjalankan kerjasama dengan semua koperasi di Malaysia untuk memberi perkhidmatan sebagai agensi pelancongan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top