BM | EN | 中文

KPDNHEP SITA GULA BERNILAI RM2.45 JUTA

IMG-20191103-WA0042.jpg
Advertisement

 

JOHOR BAHRU, 3 NOVEMBER : Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyita sebanyak 1,000 tan metrik gula, Khamis lepas.

Rampasan bernilai RM2.45 juta dibuat itu dibuat di sebuah gudang simpanan gula yang telah beroperasi kira-kira 10 tahun di kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.

Advertisement

Pengarah KPDNHEP, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat susulan daripada penyitaan gula ini.

“Sitaan dibuat selepas risikan dijalankan kira-kira seminggu oleh anggota penguatkuasa.

“Had penyimpanan yang dibenarkan adalah sebanyak 2,000 tan metrik gula.

Advertisement

“Bagaimanapun, gudang tersebut menyimpan sebanyak 3,000 tan metrik gula,” katanya dalam sidang media di Menara Ansar, di sini, hari ini.

Gula yang disita di sebuah gudang kawasan perindustrian Sri Gading, Batu Pahat

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menyimpan barang kawalan berjadual melebihi had simpanan yang dibenarkan oleh kementerian.

Justeru, beliau menasihatkan pembekal atau pemborong menyimpan barang kawalan mengikut lesen yang dikeluarkan atau kebenaran daripada kementerian.

Advertisement

“Kita turut mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang ramai berkaitan penyelewengan barang kawalan,” katanya lagi.

JohorKini

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top