BM | EN | 中文

KPDNHEP serbu premis jual LPG tanpa lesen di Johor Bahru

KPDNHEP-serbu-premis-jual-LPG-tanpa-lesen-di-Johor-Bahru.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 OGOS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah menyerbu sebuah premis perniagaan yang menjual gas petroleum cecair (LPG) tanpa memiliki lesen yang sah di Taman Daya, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNHEP Johor Mohd Hanizam Kechek berkata operasi pada 10 pagi ke atas premis menjual barang kawalan itu, dijalankan berikutan aduan awam dan hasil risikan pihaknya selama empat minggu.

“Premis ini disyaki digunakan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti penjualan, pengedaran dan tempat simpanan bagi tong-tong LPG sebelum is diedarkan ke kawasan sekitar. Hasil siasatan mendapati premis itu telah beroperasi selama enam bulan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Advertisement

Turut ditahan untuk membantu siasatan, seorang lelaki warga Pakistan berumur 30 tahun yang berada di premis itu.

Dalam pemeriksaan tersebut, pihaknya turut merampas 92 tong LPG 14 kilogram, sebuah lori serta tiga buah motosikal yang disyaki digunakan sebagai kenderaan pengangkutan bagi pengedaran tong-tong LPG berkenaan dengan jumlah nilai rampasan RM26,800, katanya.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda hingga RM1 juta atau penjara selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya denda tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Advertisement

Siasatan lanjut akan dijalankan terhadap pemilik premis berkenaan, katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top