BM | EN | 中文

KPDNHEP rekod 95 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum

KPDNHEP.jpeg
Advertisement

ALOR SETAR, 30 APR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan sebanyak 95 kes tidak patuh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021, sejak skim itu dilaksanakan 21 April lepas.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa (Operasi) KPDNHEP, Shamsul Nizam Khalil berkata, ia melibatkan 47 kes tiada tanda harga, tiada tanda harga khas merah jambu (18) dan menjual pada harga maksimum (30).

Beliau berkata jumlah sitaan adalah sebanyak RM12,736, manakala kompaun yang dikenakan pula berjumlah RM13,800.

Advertisement

Jumlah pemeriksaan adalah sebanyak 16,435, yang mana 292 adalah (melibatkan) pemborong dan 16,143 adalah peruncit,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga sempena SHMMP 2021 di sebuah pasar raya di Alor Setar, semalam.

Shamsul Nizam berkata Johor mencatatkan kes tertinggi, diikuti Terengganu dan Kelantan.

Sehubungan itu, beliau menasihati peniaga supaya mematuhi pelaksanaan skim yang berakhir pada 20 Mei depan itu dan jika gagal berbuat demikian tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top