BM | EN | 中文

KPDNHEP Johor rampas produk kesihatan bernilai RM1.89 juta

KPDNHEP-Johor-rampas-produk-kesihatan-bernilai-RM1.89-juta.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 MAC: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor merampas produk kesihatan tambahan atau ‘suplemen’ bernilai RM1.89 juta dalam serbuan di sebuah kilang penyimpanan di Kempas, di sini, Rabu lalu.

Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, operasi yang dijalankan berdasarkan aduan dan risikan selama dua minggu itu membawa kepada penemuan 947 karton membabitkan 18,940 kotak.

Katanya, operasi pada 4 petang itu membabitkan sepasukan pegawai penguatkuasa ke atas premis disyaki menjual produk kesihatan jualan langsung tanpa lesen (jualan langsung) yang sah.

Advertisement

“Syarikat beroperasi sejak 2018 itu menjual produk kesihatan tambahan yang diedarkan ke seluruh negara.

“Produk dipercayai dibungkus di Malaysia, selain pemilik syarikat dan pekerjanya sedang diambil keterangan.

“Ini adalah kes pertama membabitkan perniagaan jualan langsung tanpa lesen di negeri ini,” katanya, lapor HMetro.

Advertisement

Mohd Hairul berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid (AJLSAP) 1993.

Katanya, perniagaan jualan langsung hendaklah dijalankan hanya dengan lesen sah dikeluarkan pengawal jualan langsung,” katanya pada sidang media di Stor Simpanan Ekshibit KPDNHEP Johor semalam.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top