BM | EN | 中文

KPDNHEP Johor periksa 4,008 premis seluruh negeri

pemeriksaan-anti-catut-kpdnhep-johor.jpg

Penguatkuasa KPNDHEP menjalankan pemeriksaan khas terhadap barangan keperluan asas serentak di seluruh Johor bermula 18 Mac.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 MEI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor telah menjalankan pemeriksaan khas terhadap barangan keperluan asas serentak di seluruh Johor bermula 18 Mac 2020.

KPDNHEP Johor melalui anggota penguatkuasanya seramai 200 orang sehingga 17 Mei telah melakukan pemeriksaan kepada 4,008 premis merangkumi 3,486 peruncit, 397 pemborong dan 125 pengilang.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R. Vidyananthan dalam kenyataanya hari ini berkata, mana-mana peniaga yang melakukan kesalahan mencatut akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Advertisement

Mencatut adalah aktiviti mengambil keuntungan yang tidak munasabah dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

Sertai kumpulan telegram Johorkini untuk mengetahui isu-isu semasa di Johor

Antara tindakan yang boleh diambil atas kesalahan tersebut bagi seseorang individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

Advertisement

Manakala kepada syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM1,000,000.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top