BM | EN | 中文

KPDNHEP Johor periksa 2,772 premis seluruh negeri

kpdnhep-johor-pkp.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 APR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan terus menjalankan pemeriksaan khas terhadap barang-barang keperluan asas di seluruh negeri mulai hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sehingga 28 April 2020, sebanyak 2,772 premis telah diperiksa merangkumi 2,335 peruncit, 283 pemborong dan 85 pengilang,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati barangan keperluan adalah mencukupi.

Advertisement

“Selain memantau bekalan barang kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung gandum, pemeriksaan khas turut memberi tumpuan kepada barangan keperluan asas seperti barang kering, barang segar, barangan sedia bungkus, minuman dan barangan keperluan lain,” katanya.

Antara contoh barangan yang diperiksa ialah beras, roti, susu tepung, sardin, biskut, mee segera, ayam segar, telur ayam, kopi, teh, sayur.

Turut diperiksa termasuk topeng muka, hand sanitizer, tisu tandas, lampin bayi, ubat dan barangan lain.

Advertisement

“Hasil dari laporan pemeriksaan di lapangan, KPDNHEP Johor tidak menemui sebarang kenaikan harga secara mendadak atas mana-mana barang makanan.

“Sekiranya ditemui, tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 atas kesalahan mencatut sekiranya pihak terbabit didapati melakukan kesalahan,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top