BM | EN | 中文

KPDNHEP Johor lupus barang tiruan RM1.253 juta

KPDNHEP-Johor-lupus-barang-tiruan-RM1.253-juta.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 MAC: Pelbagai barangan bernilai RM1.253 juta membabitkan 35 kes dilupuskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor di Stor Eksibit Senai di sini, Khamis lalu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa (Operasi) KPDNHEP negeri, Shamsul Nizam Khalil berkata, ia membabitkan 10,861 unit pelbagai jenis barangan tiruan.

Antaranya pakaian, beg tangan, kasut, arak selain perisian komputer.

Advertisement

“Jumlah barangan yang dilupuskan membabitkan kertas siasatan yang sudah diselesaikan bagi 2018 hingga 2020.

“Kesemua barangan ini dilupuskan selepas mendapat arahan oleh pengawal dan mahkamah,” katanya, lapor My Metro.

Pihaknya turut menasihati pengguna supaya tidak membeli barangan tiruan kerana produknya tidak berkualiti selain sebagai inisiatif melindungi harta intelek pemilik asal cap dagang.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top