BM | EN | 中文

KPDNHEP Johor cadang syarat baharu perbaharui lesen perniagaan

KPDNHEP-Johor.png
Advertisement

BATU PAHAT, 3 NOV: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini dalam masa terdekat bagi urusan peniaga barangan keperluan memperbaharui lesen perniagaan mereka.

Exco Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Chong Fat Full berkata, antara syarat dicadangkan oleh KPDNHEP Johor adalah setiap peniaga termasuk kedai runcit dan pasar perlu meletakkan tanda harga masing-masing.

Beliau berkata, syarat baharu itu bertujuan memastikan pengguna tidak diperdaya dengan harga yang berubah-ubah dan bagi peniaga yang didapati gagal mempamerkan tanda harga jualan barangan mereka, lesen perniagaan peniaga itu tidak akan dikeluarkan atau diperbaharui oleh PBT.

Advertisement

“Melalui operasi dan tinjauan oleh anggota penguat kuasa KPDNHEP di negeri ini, kita dapati tiada masalah dengan pasar raya, pasar mini dan juga kedai serbaneka yang mempamerkan harga jualan setiap barangan.

“Namun, kita bermasalah dengan harga yang berubah-ubah dalam urus niaga di kedai runcit, pasar awam dan pasar tani yang harga jualannya ada kalanya berbeza dengan setiap pelanggan yang membeli barangan berkenaan,” katanya, lapor Bernama
.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali Peringkat Negeri Johor di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro.

Advertisement

Mengulas mengenai SHMMP Deepavali, Fat Full berkata, kira-kira 200 anggota penguat kuasa KPDNHEP Johor akan bertugas sepanjang kempen berkenaan yang berlangsung bermula Isnin hingga Ahad ini.

Katanya melalui pemantauan Isnin lalu, sebanyak 98 premis peruncitan dan sembilan premis pemborongan telah diperiksa.

“Melalui SHMMP ini sebanyak 11 barangan dikawal harga silingnya dan setiap peniaga perlu meletakkan tanda harga berwarna merah jambu,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top