BM | EN | 中文

KPDNHEP ditegur agar lebih berhemah

KPDNHEP.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 NOV: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) digesa agar lebih berhemah dalam menyampaikan maklumat berkenaan harga barangan yang semakin meningkat.

Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menempelak tindakan KPDNHEP melalui platform media sosial mengeluarkan kenyataan tidak berhemah dalam memberi penerangan kepada rakyat berkenaan aduan kenaikan harga barang.

Salahuddin menegaskan hantaran KPDNHEP itu sebagai tindakan angkuh dan sombong dalam memberi penerangan kepada rakyat.

Advertisement

“Angkuh dan sombong. Pihak kementerian harus cakna turun padang dan bertindak secara efisyen apabila aduan telah tular di media sosial bukan hanya tunggu bila ada aduan rasmi,” kata Ahli Parlimen Pulai itu dalam hantaran di laman Facebook beliau.

KPDNHEP melalui laman Facebook mereka mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai tidak sensitif dalam masalah rakyat.

“ Buatla aduan rasmi jika ada kedai yang menjual harga barang yang naik mendadak dan lampirkan segala bukti yang lengkap seperti gambar, resit pembelian dan alamat premis.

Advertisement

“Jangan hanya rancak sahaja di media sosial jika tiada bukti yang lengkap.

“Jadilah Pengguna yang BIJAK!!

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman turut membidas tindakan KPDNHEP itu yang dilihat sebagai kurang ajar.

Advertisement

Adun Pulai Sebatang itu menyifatkan tindakan Admin KPDNHEP tidak bertindak dengan bijak dengan menggunakan bahasa yang kurang enak dibaca.

“Kurang ajar dan tidak langsung memberikan sokongan yang baik malah menyalahkan rakyat menggunakan saluran media sosial sebagai penyebar maklumat.

“Seharusnya KPDNHEP perlu cakna dengan mengambil tahu rungutan rakyat dari pelbagai sudut bukan sahaja dengan satu saluran seperti yang mereka sediakan. Mereka perlu juga mengambil tahu rungutan rakyat dari pelbagai alternatif media lain,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top