BM | EN | 中文

KPDNHEP akan kenal pasti kaedah pastikan pelitup muka di pasaran tepati piawaian

facemask-pelitup-muka-face-mask-The-Star.jpg

Gambar Ehsan AP

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 SEPT: Satu kaedah sesuai akan dikenal pasti bagi mengesan pelitup muka yang tidak memenuhi fungsi pemakaian ataupun tidak mengikut piawaian sebenar bagi menghalang penularan COVID-19, kata Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid..

Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan bekerjasama dengan Jabatan Kimia Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti kaedah sesuai, katanya.

Menurut beliau, terlalu banyak jenis pelitup muka yang ditawarkan di pasaran sehingga ada yang menawarkan harga terlalu murah tetapi tidak dapat dipastikan keberkesanan penggunaannya.

Advertisement

Justeru, pihak KPDNHEP mahu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya memilih pelitup muka yang sesuai dan tepat ketika membeli di pasaran.

“Pelitup muka tiga lapis perlu memenuhi fungsi kita memakai pelitup muka iaitu untuk menghalang penyebaran COVID-19 tapi apabila kita periksa di makmal tadi ada pelitup muka yang kita dapati tidak memenuhi fungsi berkenaan,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat sebuah syarikat pengeluar pelitup muka, di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Dr Chong Fat Full.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai bagaimana mengesan pelitup muka yang tepat dan mempunyai fungsi terbaik bagi menghalang penularan wabak COVID-19 dan sama ada kementerian mempunyai piawaian tertentu untuk mengenal pasti pelitup berkenaan.

Menurut Rosol, difahamkan hanya ada satu syarikat pengeluar pelitup muka di Johor dan KKM sahaja yang mempunyai peralatan menguji keberkesanan penurasan pelitup muka.

Dari 29 Jan tahun ini sehingga semalam, sebanyak 3,712 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis-premis yang menjual dan membekalkan pelitup muka kepada para pengguna dan sebanyak 174 aduan berkaitan pelitup muka telah diterima di negeri ini.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top