BM | EN | 中文

Kota Tinggi dilanda banjir kilat

kota-tinggi-banjir.png

Gambar Ehsan FB Orang Kota - Tinggi

Advertisement

KOTA TINGGI, 11 NOV: Beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air, berikutan hujan lebat berterusan lebih dua jam sejak petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata banjir kilat dilapor melanda kawasan Kampung Lukut, selain jalan meliputi Kilometer 62 Jalan Johor Bahru – Mersing.

Katanya sehingga jam 7 malam semalam air mulai surut dan tidak menjejaskan perumahan penduduk kampung.

Advertisement

“Kawasan yang dinaiki air membabitkan jalan utama dan sekitar halaman rumah tetapi tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

“Jalan yang dinaiki air masih boleh dilalui kenderaan ringan,” katanya, lapor BH Online.

Beliau berkata, pemantauan dilakukan di kawasan meliputi Kampung Mawai Lama, Sungai Semalok, di Mawai Lama dan Jalan Kota Tinggi – Mersing.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top