BM | EN | 中文

Kos vaksin: Malaysia perlu laporan khas penggunaan dana negara

Chew-Chong-Sin-Adun-Mengkibol.jpg
Advertisement

KLUANG, 28 APR: Malaysia memerlukan sistem laporan yang telus dan bertanggungjawab mengenai penggunaan dana negara, kata Adun Mahkota Chew Chong Sin.

Chong Sin merujuk kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz bahawa dana RM5 bilion, setara 25.6 peratus daripada aset Kumpulan Wang Amanah Negara yang akan digunakan untuk membeli vaksin.

“Rizab modal negara kita terhad, dan pemulihan ekonomi pelbagai industri juga menunggu bantuan dana kerajaan.

Advertisement

“Dalam tempoh penangguhan sidang Parlimen, kita memerlukan sistem laporan yang telus dan bertanggungjawab mengenai penggunaan
dana negera.

“Jika tidak, ia akan menjadi bencana jangka panjang bagi negara,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Tambah Chong Sin, beliau bersetuju dengan cadangan bahawa dana negara harus digunakan untuk menyelamatkan nyawa rakyat dan ekonomi negara.

Advertisement

“Tetapi menteri kewangan perlu menjelaskan mengapa anggaran yang dibentangkannya dalam Belajawan 2020 tahun lalu adalah berjumlah RM3 bilion, tetapi sekarang diperlukan RM5 bilion tambahan?

“Mengapa harga RM3 bilion, setara RM100 setiap rakyat, meningkat kepada RM8 bilion, bersamaan dengan RM267 setiap rakyat? soalnya.

Terdahulu kerajaan Perikatan Nasional memperuntukkan RM3 bilion dalam Belanjawan 2021 untuk pembelian dan penyimpanan vaksin.

Advertisement

Namun, kerajaan telah mewartakan “Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021” pada 21 April dengan Seksyen 6 (c) “Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988” yang ditambah menyatakan bahawa kerajaan dapat menggunakan dana untuk membeli vaksin dan membayar perbelanjaan yang berkaitan dengan vaksin.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top