BM | EN | 中文

Kos pembinaan meningkat sehingga 1.5 peratus bulan lalu

indeks-kos-bahan-binaan-IKB.jpeg

Gambar Hiasan

Advertisement

PUTRAJAYA, 13 OGOS: Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa bar keluli bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.6 dan 1.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan pada Julai 2021 berbanding bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata IKB di kawasan C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan D (Johor) bagaimanapun menunjukkan penurunan antara 0.1 dan 0.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“Sementara itu, IKB di Kota Kinabalu meningkat antara 0.3 dan 4.8 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali cerucuk kayu yang turun 0.3 peratus manakala IKB di Sandakan meningkat antara 0.1 dan 0.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Bagaimanapun, IKB di Tawau merosot 0.1 peratus dan 0.3 peratus bagi bangunan kayu (-0.2 peratus), cerucuk kayu (-0.3 peratus) dan cerucuk (K.T.) (-0.1 peratus).

IKB di Kuching merekodkan pertumbuhan antara 0.4 peratus dan 1.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan manakala IKB di Miri turut meningkat secara perlahan sebanyak 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk penginapan) dan bangunan (K.T.) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat).

Mohd Uzir berkata, IKB termasuk bar keluli pada Julai 2021 bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 1.3 dan 3.0 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

Advertisement

Bagaimanapun, kawasan C (Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan) dan D (Johor) menunjukkan penurunan antara 0.1 dan 0.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

“IKB di Kota Kinabalu dan Sandakan meningkat antara 0.1 dan 4.7 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bagi cerucuk kayu yang turun 0.3 peratus di kedua-dua kawasan serta bangunan kayu di Sandakan (-0.1 peratus),” katanya.

Mohd Uzir berkata, IKB di Tawau menurun antara 0.1 dan 0.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan manakala IKB di Kuching meningkat antara 0.4 dan 1.3 peratus bagi hampir semua kategori bangunan.

Advertisement

IKB di Miri turut meningkat 0.1 peratus bagi bangunan (K.T.) dua hingga empat tingkat (berbumbung rata), katanya.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top