BM | EN | 中文

Kos kuarantin lebih RM2,000 untuk mereka yang kembali ke Malaysia membebankan

pusat-kuarantin-covid-19.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 OGOS: Kerajaan diminta menetapkan garis panduan jelas mengenai pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura agar tidak berlaku kekeliruan.

Menurut Adun Perling, Cheo Yee How berkata kerajaan perlu memutuskan langkah yang tetap dalam menguruskan soal pekerja Malaysia yang berkerja di negara jiran tersebut.

Katanya, ramai di kalangan rakyat Malaysia yang berada di Singapura tidak mendapat maklumat tepat berkenaan keputusan kerajaan berhubung kos kuarantin yang dikenakan kepada rakyat Malaysia yang kembali dari luar negara.

Advertisement

Adun Perling, Cheo Yee How

“Maklumat berkenaan perjalanan ulang alik di antara kedua negara tidak jelas. Ini menjadi permasalahan kepada mereka di sana untuk pulang ke negara mereka sendiri.

“Selain itu, dalam isu kuarantin Malaysia dilihat tidak jelas dalam isu permohonan pelepasan kuarantin.

“Kita mahu kerajaan menyampaikan maklumat tepat kepada pekerja Malaysia yang berada di Singapura agar mereka tidak membuat langkah menyalahi mana-mana prosedur ditetapkan,” tegasnya.

Advertisement

Beliau turut meminta kerajaan menyemak semula bayaran dikenakan sewaktu kuarantin kerana kos yang dikenakan begitu tinggi dan tidak mampu untuk ditanggung sebahagian individu.

“Kita mendapat maklumat terdapat individu dalam pengawasan kuarantin mengeluh kerana kos dikenakan sebanyak lebih RM2,000 itu tidak mampu dibiayai mereka.

“Kita kena maklum kebanyakan mereka yang pulang ke negara hari ini disebabkan faktor ekonomi, seperti tidak mampu menanggung kos di Singapura, faktor pembuangan pekerjaan dan pelbagai lagi masalah ekonomi.

Advertisement

“Caj atau kos ini akan membebankan mereka. Saya mencadangkan kerajaan mengambil rekod atau maklumat mereka terlebih dahulu sebelum mengenakan caj terhadap mereka,” tegasnya.

Tambahnya kerajaan perlu menanggung kos tersebut kerana bencana seperti ini bukanlah kemahuan rakyat dan tidak perlu dibebankan kepada mereka.

“Sebagai sebuah kerajaan, adalah tanggungjawab mereka dalam menyediakan kelengkapan yang baik kepada rakyat, bukan membebankan golongan tersebut dengan kos sedemikian,” tegasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top