BM | EN | 中文

Korporat, pihak industri Pasir Gudang dicadang taja kebun dan taman komuniti

Penjagaan-alam-perlu-peranan-pihak-industri-orang-awam-dan-IPT.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 30  DIS: Badan korporat dan pemain industri di Pasir Gudang dicadang untuk terlibat dalam usaha melestarikan alam sekitar dengan menaja atau menjadikan taman-taman atau kebun komuniti melalui program ‘anak angkat’.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, kebun komuniti mampu menjadi elemen mengeratkan perpaduan, selain orang ramai dapat menikmati hasil kebun sendiri dan menjana ekonomi masyarakat secara muafakat.

“Saya ingin mencadangkan supaya perkara ini turut dilebarkan kepada pihak industri dan korporat di Pasir Gudang. sekiranya dapat bersama-sama terlibat dengan menjadi taman-taman komuniti sebagai anak angkat dan menaja untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan seterusnya agar program ini mempunyai kesinambungan secara berterusan,” katanya.

Advertisement

Tan berkata demikian pada majlis perasmian Taman Komunti Balau, Taman Rinting dan penyampaian hadiah Landskap Laman Indah Pasir Gudang 2019, semalam.

Dalam pada itu tambah Tan, kerja-kerja penyelenggaraan taman dan kebun komuniti harus dilaksanakan sendiri oleh wakil masyarakat yang dilantik.

Katanya, melalui kaedah itu ia dapat menimbulkan rasa kepunyaan yang tinggi di kalangan masyarakat dan akhirnya dapat dimanfaatkan dengan sempurna.

Advertisement

“Saya mengharapkan perkara kerja-kerja penyelenggaraan ini dapat di pantau oleh pihak MPPG dari semasa ke semasa supaya ianya tidak menimbulkan sebarang masalah dan ketidakadilan yang boleh menjadi isu dan perkara berbangkit.

“Komuniti pula sekiranya ada masalah segera berbincang dengan mppg dan jangan dipendam terlalu lama,” kata Tan yang juga Adun Jementah.

Dalam pada itu, usaha Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menganjurkan pertandingan hadiah landskap Laman Indah Pasir Gudang membantu mengalakkan masyarakat terlibat dalam projek setempat.

Advertisement

“Tahniah kepada empat kebun komuniti yang telah berjaya dibangunkan. Saya mengharapkan supaya ianya dilaksanakan secara konsisten agar lebih banyak lagi kebun komuniti dapat dibina di kawasan yang lain.

“Ianya hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh supaya akhirnya memberikan manfaat kepada semua yang terlibat,” kata Tan pada majlis perasmian Taman Komunti Balau, Taman Rinting dan penyampaian hadiah Landskap Laman Indah Pasir Gudang 2019.

Beliau turut berpesan agar projek komuniti yang dijalankan itu tidak menjadi perojek gajah putih dan yang akhirnya menimbulkan masalah yang lain.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top