BM | EN | 中文

Koronavirus: Sektor pelancongan hadapi tempoh sukar tiga bulan

DSC_7001-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Penularan jangkitan koronavirus dijangka akan menyebabkan sektor pelancongan negeri ini berdepan tempoh sukar sekurang-kurangnya selama tiga bulan.

Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan pemantauan situasi semasa.

Katanya, penularan jangkitan koronavirus bukan sahaja beri kesan negatif terhadap pelancong asing, tetapi juga pelancong domestik.

Advertisement

“koronavirus ini merupakan isu global, jadi tidak dinafi ia turut menjejaskan kempen Tahun Melawat Johor 2020. Kerajaan juga telah membatalkan program anjurannya sepanjang Februari ini.

“Saya beranggapan sektor pelancongan negeri ini akan hadapi kesukaran, ‘down time’ sekurang-kurangnya selama tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan konvoi sempena Kempen Jelajah Tahun Melawat Johor 2020 di Bangunan Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic), di sini hari ini.

Advertisement

Tambah Cai Tung, kesan daripada jangkitan coronavirus menyebabkan rakyat negara ini tidak mahu melancong bukan sahaja ke negeri lain tetapi juga dalam negeri sendiri.

“Perkara ini bukan sahaja menjejaskan kehadiran pelancong luar contohnya dari China dan Singapura, tetapi juga pelancong domestik.

“Mereka risau dan tidak mahu keluar melancong atau pergi ke pusat membeli belah,” ujarnya.

Advertisement

Cai Tung turut memberitahu pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri pelancongan negeri ini dalam waktu terdekat berhubung jangkitan koronavirus.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top