BM | EN | 中文

Koronavirus: Promosi TMJ 2020 diteruskan

DSC_6988-scaled.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Promosi sempena Tahun Melawat Johor 2020 (TMJ 2020) dan Tahun Melawat Malaysia 2020 tidak terhenti walaupun negara sedang dilanda penularan jangkitan koronavirus.

Pengarah Tourism Johor, Zihan Ismail berkata, pihaknya tetap positif akan mampu mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, kami mengalihkan strategi dengan turut memberi fokus promosi ketika ini ke seluruh negara.

Advertisement

“Program Konvoi Jelajah sempena TMJ 2020 ini bertujuan mewujudkan kesedaran bagi pasaran domestik yang turut menyumbang kepada industri pelancongan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi sempena Kempen Jelajah Tahun Melawat Johor 2020 di Bangunan Pusat Maklumat Pelancongan Johor (Jotic), di sini hari ini.

Hadir menyempurnakan majlis, Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung dan Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Johor, Kenny Ngi Chin Soon.

Advertisement

Tambah Zihan, konvoi berkenaan akan berkunjung ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam mempromosikan TMJ 2020.

“Buat waktu ini, konvoi ini akan bergerak ke Kedah dan Perak untuk mengadakan promosi di kawasan tumpuan negeri itu selain mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar.

“Pada bulan Mac, konvoi ini akan diteruskan ke negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top