BM | EN | 中文

Koronavirus: Kerajaan negeri tangguh semua program berskala besar anjurannya sepanjang Februari

datuk-dr-sahruddin-koronavirus.jpg

Datuk Dr Sahruddin Jamal (tengah) mengadakan sidang akhbar di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 5 FEB: Kerajaan negeri membuat keputusan untuk menangguhkan kesemua program berskala besar anjuran pihaknya yang dijadual berlangsung sepanjang bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakkan penularan jangkitan koronavirus menjadi lebih serius.

Katanya, antara program berkenaan termasuklah Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang dan pelancaran Semarak Juara sempena Sukan Malaysia (Sukma).

Advertisement

“Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko ekoran koronavirus iaitu potensi risiko kesihatan, risiko penyebaran wabak dan kekurangan keupayaan pengawalan dengan sumber sedia ada.

“Kerajaan negeri juga menasihati penganjur acara berskala besar lain untuk turut menangguhkan program mereka atau mengurangkan penglibatan orang ramai dalam program yang dianjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Sehingga semalam, sebanyak 20,650 kes jangkitan koronavirus dilaporkan di seluruh dunia dengan 427 kematian direkodkan.

Di Malaysia, 10 kes telah dilaporkan positif dengan seorang daripada merupakan warga tempatan.

Tambah beliau, antara program berskala besar anjuran pihak luar termasuklah Festival Perarakan Chingay, Sambutan Perayaan Thaipusam dan perarakan sempena Maulidur Rasul.

Advertisement

“Kerajaan negeri juga berharap masyarakat akan meminimakan pendedahan kepada orang ramai selain turut mengamalkan penjagaan kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka.

“Di samping itu, mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan arahan pihak berkuda,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top