BM | EN | 中文

KORBAN DI JOHOR TEMPA SEJARAH BAHARU MALAYSIA BOOK OF RECORDS

mbr_logo-MBR.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 OGOS:  Satu program korban di Johor hari ini mencipta sejarah tersendiri dan menjadi program yang melibatkan penyembelihan terbanyak yang pernah diadakan dan mendapat tempat dalam Malaysia Book of Records.

Program tersebut yang dinamakan ‘Asnaf Mampu Korban’, berlangsung di padang Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru anjuran bersama Aliyah Rizq Farm dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Lestari Perling (PLKP) dan Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil Perling (PPKP).

Bermula 9 pagi tadi hingga selepas Zohor, sebanyak 250 ekor kambing dikorbankan dengan 110 ekor daripada jumlah itu adalah tajaan dari individu, pihak swasta serta ahli politik.

Advertisement

Pengerusi program, Ashraf Bakar berkata semua golongan asnaf dalam Parlimen Pulai dipilih PLKP dan PPKP, yang mana mereka mengangkat bayaran akad RM1 sahaja, manakala selebihnya dibayar penyumbang.

Program ini melibatkan 12 tukang sembelih yang memulakan sembelihan serentak selepas solat Aidiladha.

150 kambing yang dilapah akan diagihkan ke semua surau dan masjid dalam parlimen Pulai untuk diserahkan kepada qariah masing-masing sementara 15 ekor akan dimasak dan dibawa pulang peserta korban.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top