BM | EN | 中文

Kopites paham apa itu setia

67914582_2350403138401187_8806874528287293440_n.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Jika kini fans Manchester United merupakan antara penghuni tetap gua, dulu geng Liverpool-lah yang bertakhta di sana.

Bagaimanapun, tak dapat dinafikan mereka juga merupakan antara fans paling setia dalam cakerawala ini. Walaupun dah menjangkau 30 tahun, namun Kopites masih kekal chanting “this is our year” (Rujukan sejarah hikayat Bola Sepak Inggeris mencatatkan kali terakhir Liverpool menang liga ialah pada musim 89/90). Begitulah yakin dan sayangnya Kopites kepada hero-hero mereka!

Tapi sebenarnya bukan piala yang nak dibincangkan kali ini cuma penulis sebenarnya kagum dengan semangat, kesetiaan dan setiakawan fans Liverpool di Johor Bahru ini, yang jaraknya lebih 11,000 kilometer jauhnya dari pekan Liverpool.

Advertisement

Ahad lepas, hampir 100 orang fans sejati Liverpool berhimpun di Restoran Selasih, Johor Bahru bagi menonton bersama-sama aksi Piala Sumbangsih, game pembuka tirai Premier League musim ini.

Kesemua mereka bernaung di bawah kelab peminat All Reds Malaysia (ARM) dan boleh kata hampir setiap perlawanan Liverpool yang ada siaran langsung ARM Souther Region pastinya berhimpun untuk menonton bersama.

Salah seorang fans Kopite yang hadir malam itu datang dari Pontian bersama isteri dan dua anaknya.

Advertisement

“Saya ni minat Liverpool sejak kecil lagi, ketika era John Barnes. Mungkin minat ni datang lepas abang bawa balik jersi Liverpool setelah tamat belajar di UK dulu.

“Abang saya tu peminat Man Utd, tapi mungkin sebab ayah pun juga fan Kopites jadi sebab tu dia belikan jersi Liverpool,” kata bapa berusia 40 tahun itu yang lebih mesra dengan panggilan Pojie GTI.

Advertisement

 

Dan seperti juga Kopites yang lain, Pojie akan menjawab ‘Magic of Istanbul’ pada tahun 2005 sebagai perlawanan paling epik yang dikenangnya.

Berdasarkan pemerhatian penulis malam itu, kesemua geng ARM Southern Region yang hadir rata-ratanya mengenali satu sama lain.

Advertisement

Sampaikan untuk sesi cabutan bertuah, fans yang menang malam tersebut hanya menulis nama panggilan mereka.

Bila sebut sahaja nama mereka yang bertuah, sebilangan besar yang hadir akan bersorak dan memanggil-manggil si pemenang, menunjukkan yang mereka semua memang tidak asing antara satu-sama lain.

Selain Pojie, seorang lagi fan yang ditemui malam itu, Hazmir Sahid, 29, pegawai eksekutif syarikat swasta, juga tinggal di luar Johor Bahru namun sanggup turun menonton game bersama yang lain.

Advertisement

Apabila disoal kenapa, Hazmir yang tinggal di Pasir Gudang berkata, semangat setiakawan peminar yang bernaung dibawah ARM menjadi antara sebab mengapa dia sanggup meluangkan masa hadir ke program-program kelab.

“Kalau tak bertembung dengan waktu kerja, saya akan cuba datang program ARM ni. Selalunya kami berkumpul di restoran mamak di Tebrau,” katanya.

Advertisement

Sekadar berkongsi, kami dari geng Johorkini sempat juga menemubual pengasas ARM dan ketua koordinator Southern Region fan-club tersebut, iaitu Mohd Muzaffar.

Menurutnya, permohonan mereka bagi mendapatkan status kelab penyokong rasmi ditolak enam kali oleh Liverpool sebelum berjaya diterima pada tahun 2009. Alah, masa musim “the infamous Gerrard’s slip” tu!

Walaupun sempat penulis mengusik Muzaffar, tapi jauh di sudut hati ni, terbit rasa kagum kepada kegigihan dan semangat yang ditonjolkan fan Kopites.

Advertisement

Dah sahlah tu, ternyata Kopites tahu erti setia.

Penafian: Penulis bukan haters Liverpool pun, cuma minat Manchester United je sejak kecil je.

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top