BM | EN | 中文

KOPETI bangunkan projek perumahan seluas empat hektar di Bandar Penawar

Kopeti-Bandar-Penawar.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 10 OKT: Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) memperuntukkan tanah seluas empat hektar bagi tujuan projek perumahan mampu milik CO OP SK CITY dengan kos 26 juta, khusus untuk penduduk tempatan parlimen Pengerang di Bandar Penawar.

Pengerusi Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) Tahir Aris berkata projek terbabit meliputi pembinaan Rumah Komuniti Johor (RMJ) berharga RM42,000 setiap unit, Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berharga RM160,000 dan bangunan premis perniagaan berharga RM180,000 yang dijangka mengambil masa dua hingga lima tahun untuk disiapkan.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) projek berkenaan dilakukan di Lotus Hotel Desaru semalam disaksikan ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Advertisement

Azalina dalam ucapannya pada majlis berkenaan berkata, projek itu bakal memberi manfaat kepada penduduk sekitar khususnya lebih 300 keluarga anak-anak tempatan Pengerang.

Beliau berkata kepesatan Pengerang selaras pembangunan projek RAPID Petronas ketika ini menjadikan harga tanah di kawasan berkenaan meningkat secara mendadak sekaligus memberi kesan peningkatan harga rumah yang tidak mampu dibeli penduduk tempatan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Oleh itu, satu kawasan yang dikurniakan oleh Lembaga Kemajuan Tenggara (KEJORA) kepada Koperasi Pengerang Kota Tinggi Berhad (KOPETI) seluas 59 ekar (23.9 hektar) di mana sepuluh ekar (empat hektar) daripadanya diperuntukkan khas bagi tujuan membina Rumah Komuniti Johor (RKJ) dan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dengan harga antara RM42,000 hingga RM160,000

Advertisement

“Ia dimajukan sendiri oleh KOPETI melalui projek CO OP SK City yang boleh menempatkan lebih 300 keluarga anak-anak tempatan Pengerang dengan harga yang mampu dibeli oleh golongan mereka berpendapatan rendah,” katanya.

Azalina berkata pihaknya sedar bahawa penduduk Pengerang yang terdiri daripada 70 peratus kawasan Felda dan 30 peratus daripada golongan nelayan sudah tentunya tidak mampu membeli rumah berharga RM400,000 ke atas.

“Justeru, apabila dibina rumah yang jauh lebih murah, diharap mereka dapat turut sama mengecap kemajuan hidup di Bandar Penawar.

Advertisement

“Jika tiada usaha sebegini, tentunya ada golongan penduduk yang terkilan tidak berpeluang memiliki rumah di Bandar Penawar ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya berusaha dengan kerajaan Johor dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi menjadikan Bandar Penawar bersatus bandar raya berteknologi moden di masa hadapan.

Ia katanya akan menjadikan Bandar Penawar sebagai daerah tersendiri dan tidak lagi menjadi sebahagian dalam kawasan daerah Kota Tinggi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top