BM | EN | 中文

Koperasi pelancongan luar bandar potensi jana ekonomi setempat

rr-gunung-pulai.jpg

Restoran Rehat & Santai, antara aset dimiliki Koperasi Sri Sekawan, di Kampung Sri Gunung Pulai.

Advertisement

KULAI, 12 JAN: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menggalakkan lebih banyak koperasi ditubuhkan di kawasan kampung, khususnya berkaitan pelancongan di negeri Johor.

Pengarah SKM Johor, Mahmud Kadar berkata, kesedaran berkaitan manfaat koperasi perlu diperluas bagi menarik minat rakyat terutamanya di kawasan luar bandar untuk menyertai atau menubuhkan koperasi.

Mahmud Kadar

Katanya, negeri Johor kaya dengan khazanah alam semulajadi, warisan dan kebudayaan yang seharusnya dimanfaatkan untuk memberi pulangan kepada penduduk setempat.

Advertisement

“Dalam usaha membangunkan komuniti kampung, platform koperasi adalah yang terbaik. Ini kerana akan ada lembaga yang mengurus, ada juruaudit yang membuat kira-kira dan mesyuarat agung untuk berbincang.

“Johor ada potensi yang besar dan jika ada usaha kearah menjadikan koperasi berbentuk pelancongan, ia boleh memberi pulangan kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Johorkini para pelancaran program Desa Lestari Trail Run 3.0 (DLTR) 2020 yang diadakan di Kampung Sri Gunung Pulai, disini, semalam.

Advertisement

Menurut Mahmud lagi, berbanding syarikat persendirian dengan objektif keuntungan sepihak, koperasi sebaliknya iaitu manfaat dikongsi bersama secara adil kepada penduduk setempat.

“Potensi yang ada di kampung dapat digembleng dan dipulang semula kepada orang kampung. Kalau tidak buat begini, orang luar yang akan masuk.

“Menerusi koperasi, hasil daripada kampung akan dipulangkan balik kepada penduduk disini,” tambahnya.

Advertisement

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Sri Sekawan Kulaijaya Berhad (Sekawan Koop), Jamalludin Abdol Hamid berkata, melalui koperasi, infrastruktur perniagaan di kampung dapat dibangunkan selain turut mencipta peluang pekerjaan.

Jamalludin Abdol Hamid

“Di Kampung Sri Gunung Pulai ini terdapat premis perniagaan yang dibangunkan oleh koperasi dan diusahakan secara bersama-sama seperti restoran, kedai runcit dan rumah penginapan.

“Selain itu, ia juga mewujudkan peluang pekerjaan jadi anak muda tidak perlu berhijrah jauh. Dalam masa yang sama, melalui sistem koperasi kita dapat wujudkan industri hiliran.

Advertisement

“Yang penting adalah sikap amanah dan kerjasama untuk mendapat pulangan dari modal yang dilaburkan. Banyak koperasi gagal akibat kelemahan pengurusan dan kewangan,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top