BM | EN | 中文

KONVOI BERMOTOR BERI PENERANGAN BAHAYA DADAH

Khuzzan-6.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 OKT: Dengan tema ‘Sayangi anak kita, jauhi dadah dan rokok’, satu program konvoi kesihatan bermotor bagi menerangkan bahaya tabiat tersebut dilancarkan hari ini.

Konvoi dianjurkan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) negeri Johor dan Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Cawangan Johor bersama agensi lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, program bertujuan menyedarkan masyarakat kepentingan untuk menjauhi amalan tabiat merokok, penggunaan dadah dan amalan gaya hidup sihat.

Advertisement

“Program ini juga sebagai semangat bagi mereka yang berusaha hidup tanpa rokok.

“Aktiviti bergerak ini juga merupakan kempen pada semua bahawa kesihatan adalah tanggungjawab bersama,” kata Khuzzan pada majlis perasmian program tersebut, pagi tadi.

Konvoi bermula di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru akan bergerak menuju ke Masjid Taman Sri Sulong, Batu Pahat.

Advertisement

Pelbagai acara yang disediakan antaranya pameran dadah dan rokok, ceramah, demonstrasi, kaunter kaunseling dan ziarah jejak kasih.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tahun ini mengesan seramai 148 pelajar sekolah menengah di Johor positif dadah menerusi saringan ujian air kencing yang dijalankan.

Berdasarkan statistik jumlah itu, ia mencatatkan penurunan sebanyak 31 kes bagi tempoh sama tahun lalu melibatkan seramai 179 pelajar daripada 278 sekolah menengah di negeri ini.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top