BM | EN | 中文

KONTRAKTOR RUGI RM40,000 DISAMUN DUA LELAKI BERMOTOSIKAL

polis.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 6 DIS : Seorang kontraktor kerugian RM40,000 selepas disamun ketika mangsa baru selesai membuat pengeluaran duit untuk gaji pekerjanya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asistan Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian tersebut berlaku berhampiran Maybank, Jalan Nusaria 11/1, Taman Nusantara Gelang Patah, petang semalam.

Menurut Dzulkhairi, mangsa berusia yang berusia 32 tahun itu sedang pergi ke keretanya yang diletakkan di tepi jalan berhampiran kedai serbaneka 7-11 sebelum didatangi sebuah motosikal dinaiki dua suspek lelaki.

Advertisement

“Salah seorang suspek turun dari motosikal serta menghalang dan menahan pengadu dari memasuki keretanya.

“Secara tiba-tiba salah seorang dari suspek telah mengeluarkan satu objek yang menyerupai pisau sebelum mengacukan ke arah pengadu.

“Suspek kemudian mengarahkan pengadu mengeluarkan semua wang serta barang. Takut terjadi apa-apa, pengadu telah mengeluarkan semua barang yang berada dalam beg sandangnya,” kata Dzulkhairi dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement

Tambahnya, suspek kemudian terus bertindak merampas beg sandang pengadu serta menarik rantai emas yang dipakai oleh pengadu dan terus melarikan diri.

Katanya, antara barang-barang yang terdapat dalam beg sandang pengadu adalah beg duit, kad pengenalan diri pengadu, lesen memandu, kad bank, kad kredit dan wang tunai lebih kurang RM40,000.

“Pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan. Tiada saksi yang nampak kejadian. Rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian akan diteliti dan usaha kesan serta tangkap suspek sedang dijalankan.

Advertisement

“Siastan juga diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,”katanya lagi.

JohorKini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top